Get the Flash Player to see this player.
Flash Image Rotator Module by Joomlashack.
Welcome to Malaysia Homeopathy Online
Biggest and The Best In Malaysia
Http://www.homeo-pathy.net
Welcome to Malaysia Homeopathy Online
Biggest and The Best In Malaysia

| No.118 Jalan Raja Laut, KL Tel 03-40422020 | 122 Kg Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia Hotline 019-9401915 |
You are here Our Special Treatment Infertility Bahasa Melayu Teknik Kesuburan

Teknik Kesuburan

E-mail Print PDF

Kadangkala satu pasangan tidak berupaya untuk hamil kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui oleh ujian perubatan. Tahap kesuburan adalah sukar untuk dinilai, dan kesuburan anda sendiri tidak menentu dari hari ke hari ,bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Perubahan ini adalah berdasarkan pada pelbagai faktor-faktor yang berlainan.

 

Pada masa yang sama , kehamilan telah pun diketahui berlaku bila model-model kesuburan perubatan mengatakan ,ianya adalah tak mustahil secara saintifik.  Hampir setiap orang telah mendengar kisah-kisah mengenai wanita mengandung semasa kitaran haid, semasa menggunakan pil pencegah kehamilan, atau pun selepas dilabelkan tidak subur oleh ahli-ahli  perubatan.   Sebagai wanita, anda  tidak mengetahui dengan tepat bilakah telur akan bersedia untuk menetas!

 

Cuma apa yang dikatakan oleh kebanyakan ahli perubatan yang meberi berbagai formula tarikh-tarikh tertentu telur menetas, adalah suatu ramalan yang fitrah yang dilalui oleh kebanyakan wanita.

 

Bila sudah berkahwin sekian lama dan tidak menunjukkan sebarang tanda akan hamil, kadang-kadang seorang wanita cepat-cepat akan meneka bahawa mereka hamil setelah kelewatan haid selama satu minggu atau lebih. Pada hal bila dibuat ujian air kencing dan disahkan oleh doktor 'tidak hamil', kaum ibu cepat mengeluh dan berputus asa.

 

Berbagai Cara Rawatan

 

Sungguhpun dalam dunia moden hari ini berbagai teknik baru untuk merawat kemandulan seperti IUI, In-Vitro, Test Tube dan memakan ubat-ubat kesuburan seperti 'Clomiphene Citrate , Premarin, Bromcryptine, Prolactin ' dan sebagainya. Namun kehamilan tidak juga berlaku.

 

Bagi kaum ibu seperti ini hari-hari berlalu amat mengecewakan meraka, seolah-olah menunggu suatu kepastian yang tidak nyata.

 

Nah ! Hari ini kalian tidak perlu lagi berputus asa. Kajian demi kajian telah dilakukan untuk memperbaiki mutu Teknik HTI P2000® yang dilakukan oleh Prof Dr Nik Omar dan rakan-rakan,  akhirnya mempunyai harapan yang baik untuk menyelesaikan masalah infertiliti dikalangan pasangan suami isteri dengan mengikut kaedah dan petua yang diberikan, InshaAllah mudah-mudahan anda akan berhasil mendapat zuriat.

 

Terdapat empat hari kemungkinan dan berpotensi subur semasa ovulasi secara spontan setiap bulan. Jadi apabila konsepsi diperlukan , kami menasihatkan supaya mengadakan hubungan kelamin didalam jangka waktu  empat hari istimewa yang digelar 'Hari Subur' dan pada minggu tersebut anda akan dibekalkan dengan remedi-remedi homeopati yang istimewa khusus untuk kesuburan telur atau ovum

 

Dengan menggunakn hari-hari tersebut anda secara dramatisnya boleh meningkatkan peluang kesuburan . Ramai wanita yang didapati tidak subur selama beberapa tahun  menjadi hamil selepas mengenal pasti dan mengamalkan persetubuhan pada hari-hari subur ini secara tertib dan sopan.

 

Kajian Prof Nik Omar

 

Prof Dr Sir Nik Omar telah meluangkan masa dalam kerjaya perubatannya bersama pasangan  sukarelawan yang kurang subur dalam menyelidik tentang masa bilakah ovulasi spontan peringkat kedua terjadi. Dia telah membongkar bahawa masa konsepsi merupakan masa paling penting untuk menggalakkan kesuburan.

 

Kaedah HTI-P2000 Dr Nik Omar ini akan berikhtiar untuk menentukan secara tepat hari-hari subur anda.  Menggunakan kaedah ini , anda akan memiliki peluang untuk hamil tanpa dadah, tanpa anti-biotik atau rawatan yang konventional ,  herba-herba yang mahal  dan lain-lain unsur yang merbahaya dan mencurigakan.  Kami akan menyediakan hari-hari subur anda dan sedikit remedi homeopati yang lembut dan sesuai dihisap atau digigit, tanpa dadah, tanpa rancun dan tanpa kesan sampingan, demi  untuk menentukan konsepsi yang paling tepat bagi kehamilan anda.

 

Permakanan / Diet

 

Didalam menjayakan teknik HTI P2000® soal permakanan adalah salah satu program yang harus diikuti dengan baik agar tercapai cita-cita untuk mendapatkan zuriat.

 

Pemakanan yang seimbang dan berzat haruslah diutamakan oleh kedua-dua pasangan suami isteri.  Makanan yang berlebihan sehingga pasangan suami isteri menjadi gemuk, juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan kehamilan terbantut. Hal ini memang banyak berlaku dikalangan isteri yang kegemukan.

Oleh itu, kami  syurkan supaya masalah kegemukan dikurangkan sewaktu menjalankan terapi HTI P2000 ini.

 

Makanan yang berzat narus diutamakan. Diantara makanan yang disyurkan untuk suami isteri ialah:-

 

·        Telur separuh masak

·        Kacang-kacangan, seperti kacang hijau, kacang tanag, soya, dll

·        Buah badam, buah kurma

·        Manisan Madu

·        Kismiss, susu kambing, dll

 

Makan Ubat-Ubat Lain

 

Semua ubat-ubat lain sebaiknya dihentikan selama anda memakan ubat-ubat homeopati HTI P2000, kerana ubat-ubat homeopati amat sensitif atau kalah pada ubat-ubat lain.

Kadang-kadang ubat anti-biotik, akar-akar kayu, herba, panadol dan sebagainya boleh membuhon kuasa penyembuhan pada ubat-ubat homeopati. Kerana seperti yang dimaklumkan ubat-ubat homeopati terdiri dari bahan-bahan semulajadi yang lembut seperti bunga Chamomilla, Lily, Bunga Matahari, Rhust Toxindron, Calendula, Marigold, dsb.

Nota : Jika anda sedang memakan mana-mana ubat yang berterusan dari mana-mana hospital kerajaan, beritahu kami, agar kami dapat sesuaikan jadual memakan ubat kami dan ubat hospital allopati secara bergilir-gilir.

 

Gaya Hidup Sihat

 

Ubahkan sikap anda dari gopoh-gapah dalam setiap pekerjaan harian dan bersikaplah lebih rational, tenang dan bersabar.  Jauhilah sikap tamak kerja, stress dan tension.

 

Si isteri janganlah asyik bekerja sahaja, pagi kerja pejabat, malam buat pula kerja rumah sampai larut malam, tanpa memberi ruang rehat kepada mental dan fisikal.

 

Si Suami juga hendaklah bersikap rational dan jangan asyik bekerja sahaja, sehingga keletihan dan tidak ada mood untuk mengadakan persetubuhan dengan isteri.

 

Jika tinggal bersama keluarga, mungkin masalah stress dan padat dengan masalah keluarga akan menghilang nafsu seks suami isteri, oleh itu elok benarlah sesekali diberi  ruang untuk relax dan istirehat sambil melancung ketempat-tempat yang menarik baik dalam negeri mahupun diluar negeri. Agar fikiran menjadi aman dan tenteram.

 

Kadang-kadang sesekali melancung sambil bercumbu-cumbuan ditempat-tempat perlancungan, akan mengembalikan nostalgia anda kealam mula-mula anda berbulan madu yang pertama.

 

Mungkin cara ini akan menyeronokan anda dan sekali gus akan membuahkan hasil yang memuaskan. Ingat sebaiknya rancanglah untuk bercuti pada tarikh 'subur' iaitu hari ke 14 selepas kedatangan haid yang pertama.

Rancangkan agar anda sampai kedestinasi pelancungan satu hari lebih awal dari tarikh subur.

 

Berdoa Kepada Tuhan

 

Sentiasa berdoa kepada Tuhan meminta berkat dan hidayah agar diberi zuriat yang baik-baik. Aapa pun agama anda, mintalah kepada tuhan masing-masing.  Bagi Muslimin dan Muslimat, sentiasalah meminta, jangan sekali-kali berputus asa.

Jika ada kawan atau saudara-saudara yang baru pulang dari Mekkah, mintalah Air ZamZam, sambil minum, sambil bedoa meminta zuriat dari Illahi.

Joomlart